LATAR BELAKANG SYARIKAT

          Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad merupakan 100% koperasi bumiputera yang menjalankan perniagaan pertanian, perikanan, pemasaran barangan runcit dan pemborongan serta konsultasi dan bimbingan. Koperasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2017 dan telah diambil alih oleh pengurusan yang baru sepenuhnya pada Disember 2020 untuk bergerak lebih aktif dan produktif.

          Sepanjang penubuhan, KOGAHAD mempunyai pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu petani baru mahupun yang sedia ada dalam membangunkan sektor pertanian. Secara keseluruhan, kami telah berjaya mengusahakan lebih 50 ekar tanah di sekitar Perak.

          KOGAHAD yang terdiri dari golongan belia sentiasa berusaha menceburi idea-idea baru agar kami terus berkembang dan kekal relevan dalam industri pertanian. Koperasi kami bersedia untuk membeli, membekal dan menjual produk-produk hasil pertanian yang berkualiti tinggi dan segar dari ladang.

          KOGAHAD juga sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian & Industri Makanan, FAMA, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), KPDNHEP, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan RISDA serta agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan setiap hasil keluaran kami mengikuti piawaian yang dibenarkan serta berkualiti tinggi.

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Pengerusi telah dilantik sebagai Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Perak (MPKN Perak) Sesi 2023/2024 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia 
  • KOGAHAD menerima penarafan Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring SE) dan Perusahaan Sosial Asas (SE.B)
  • KOGAHAD telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah beberapa sektor,bidang dan sub-bidang
  •  Kogahad telah mendaftar dengan Sennego untuk menyertai tender

                                                                                                            

MAKSUD WARNA LOGO

MAKSUD LAMBANG LOGO

Scroll to Top