LAWATAN 2024

LAWATAN DARIPADA ADTEC TAIPING

Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping (ADTEC) telah membuat lawatan ke Pusat Rujukan FAMA, Sayong. Objektif lawatan tersebut adalah untuk sesi perkongsian ilmu tentang sistem IoT dalam bidang pertaninan.
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) TAIPING merupakan salah satu Institusi TVET sektor awam (Kerajaan Malaysia) yang bernaung di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ADTEC Taiping mempelawa kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang berminat melanjutkan pengajian ke Program TVET (Bidang Kemahiran) peringkat Diploma Teknologi Di ADTEC Taiping, Perak.
Dengan adanya sesi ini, pihak KOGAHAD dan pihak ADTEC dapat berkongsi idea-idea baru dalam bidang teknologi pertanian memandangkan KOGAHAD menggunakan sistem Internet of Thing (IoT). Pihak ADTEC juga dapat melihat secara langsung dan belajar dengan lebih lanjut bagaimana kaedah IoT ini berfungsi dalam pertanian.
 

LAWATAN DARI TUAN AMRAN BIN ABDUL KADIR, TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Lawatan ini juga dihadiri Puan Rosidah bt Abu Bakar, Pengarah bahagian Tabung Modal Pusingan (TMP), Encik Meor Mohammad Shariffudin bin Meor Yahya Pengarah Negeri Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Puan Zainab binti A. Raman Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak dan Encik Mohammad Al Firdaus bin Ruslan, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Wilayah Kuala Kangsar,
Lawatan kerja dimulakan dengan taklimat daripada Pengerusi KOGAHAD Encik Muizzudin bin Din menerangkan serba sedikit aktiviti yang dijalankan oleh KOGAHAD, Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) dan penerangan mengenai Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) di pejabat PPL, Kampung Talang. Lawatan diteruskan dengan melawat ke kebun Pusat Pengumpulan Ladang, Kampung Talang (PPL).
 

LAWATAN DARI YB DATO’ SALBIAH BINTI MOHAMED

Lawatan ke premis usahawan bersama YB Dato’ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga Kebajikan Masyarakat dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak

LAWATAN 2024

LAWATAN DAN KAJI SELIDIK DARIPADA UNISZA

Pihak Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad telah menerima lawatan daripada wakil pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) Terengganu, Pegawai Pertanian Daerah dan Pegawai Wilayah SKM Kuala Kangsar.
 

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI (JPAN) SABAH

Pihak Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah telah membuat lawatan ke Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar – Kogahad. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan tentang program pembangunan koperasi dan jalinan kerjasama yang boleh diwujudkan antara pihak ANGKASA Sabah dan pihak koperasi di Negeri Perak. Antara kawasan yang dilawati adalah Pusat Rujukan FAMA yang terletak di Sayong. Pihak KOGAHAD juga menunjukkan cara pembuatan jagung cup keluaran koperasi itu sendiri dan memberi kepada pihak ANGKASA untuk merasa produk tersebut.
 

LAWATAN DARI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW)

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad dan melawat ke Pusat Rujukan FAMA Sayong di atas Sesi Penilaian dan Lawatan Tapak Projek Ekonomi bagi Program Desa Lestari. KOGAHAD dicalon untuk membentangkan cadangan projek Tanaman Jagung Agromakanan (TAJA) untuk dimajukan dibawah Program Desa Lestari Tahun 2023. Turut sama Pegawai FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pegawai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Pegawai dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).
 

LAWATAN 2022

LAWATAN PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS TENTERA (PERHEBAT).

PERHEBAT memilih Kogahad sebagai tempat lawatan untuk kursus Industri Kecil dan Sederhana (IKS) siri 1/22 kepada bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

KUNJUNGAN DARIPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI ISLAM NEGERI PERAK (PKEINP)

Menerima kunjungan daripada Tuan Abd Rahman Bin Abdullah Thani iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINP). FAMA  Daerah Kuala Kangsar juga turut mengikuti Program tersebut.

Scroll to Top