PAMERAN 2023

SEMPENA HARI KARNIVAL 100 TAHUN KAKIB.

Kogahad telah dijemput untuk membuat pameran berkaitan sistem Kogahad Smart Farming (IOT) dan membuat jualan Kogahad Sweet KoCorn.

Booth pameran Kogahad telah mendapat lawatan daripada Datuk Seri Dr. Hj Abdul Fattah Bin Haji Abdullah, Presiden Angkasa. En Muizzudin bin Din, Pengerusi Kogahad telah memberikan penerangan tentang kebaikan penggunaan sistem IoT dalam bidang pertanian.

HARI KOPERASI NEGARA 2023.

Hari Koperasi Negara di Sabah International Covention Centre (SICC), Kota Kinabalu Sabah.

Sempena Hari Koperasi Negara 2023, booth Koperasi telah mendapat lawatan daripada YB. Datuk Ewon Benedick, menteri keusahawanan dan koperasi diikutiĀ  Tuan Azizul Bin Alias Setiausaha Pembangunan bahagian Koperasi, Encik Rusli Bin Jaafar Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Meor Mohammad Shariffudin Bin Meor Yahya Pengarah SKM Negeri Perak dan Encik Sarman Bin Sidno Pengarah Fama Negeri Sabah.

KARNIVAL TVET PERAK SEJAHTERA 2023.

Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD) telah dijemput sebagai PEMPAMER di KARNIVAL TVET PERAK SEJAHTERA sempena KARNIVAL ANAK MUDA (KAMU) yang bertempat di ARENA BADMINTON PERAK, IPOH.
Booth KOGAHAD di Pameran & Demo Karnival Kerjaya dan TVET Perak mempamerkan sistem Kogahad Smart Farming (IOT) dalam bidang pertanian.
Scroll to Top