HUB PEMBORONGAN KUALA KANGSAR (HPKK)
LATAR BELAKANG HPKK
Hub Pemborongan Kuala Kangsar (HPKK) telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2019, ianya bertujuan untuk membantu pekebun-pekebun kecil memasarkan hasil kebun di sekitar daerah Kuala Kangsar, Perak. Meninjau dari skop yang lain, Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) telah menawarkan ‘forward agreement’ untuk pembelian sayur-sayuran dan buah-buahan secara borong atau runcit pada harga lantai sekiranya harga ladang menurun. HPKK juga akan memastikan hasil ladang yang dijual adalah segar, berkualiti dan selamat kepada pengguna dan menjamin jualan hasil yang menguntungkan kepada pekebun. Pada tahun 2021, jualan di HPKK telahpun mencecah sebanyak RM885,339.90 manakala pada tahun 2022 adalah sebanyak RM760,585.07.
AKTIVITI PEMASARAN
- Pembeli hasil kebun dan mengedarkan ke pasar tempatan dan pasar borong.
- HPKK berjaya mengawal 70% pasaran sayur-sayuran di daerah Kuala Kangsar.
- Menjalankan jualan runcit, pengguna membeli terus dari HPKK dengan harga yang lebih berpatutan.
- Menyertai prorgam jualan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) & Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Program Jualan Agro Madani (PJAM).
- Projek “ Set-up ” kebun baharu dan menjanjikan ” Buy-back Guarantee ” kepada para pekebun yang baru menceburi bidang pertanian untuk memasarkan hasil kebun.
- Membantu pekebun dari segi harga pasaran dengan menyertai Program Rakan Pemasar (RPKP) di bawah agensi.