KARNIVAL JUALAN 2023

JUALAN MADANI KOPERASI SEMPENA KARNIVAL UDA 2023

Jualan Madani Koperasi sempena Karnival UDA 2023 @ Angsana Mall Ipoh yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari 8 Disember hingga 10 Disember 2023.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mr. Sr. Salem Kailany selaku Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad kerana telah merasmikan Jualan Madani Koperasi pada 9 Disember 2023. Team Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar – Kogahad telah berkampung disini selama 3 hari bagi menjayakan jualan ini.

PERAK FAMA FEST 2023

Perak FAMA Fest 2023 yang berlangsung di RTC Perak, Gopeng selama 5 hari.

Kogahad menjual pelbagai sayur-sayuran dengan harga serendah RM2 dan juga Jagung Cup Sweet Kocorn yang dibawa terus dari ladang.

PROGRAM HARI TERBUKA USAHAWAN NEGERI PERAK 2023.

Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak 2023 Daerah Larut Matang dan Selama bertempat di Dewan MPT Kamunting, Taiping.

 

Turut Diadakan Jualan Barangan Keperluan dengan harga subsidi murah seperti ayam, telur, pelbagai jenis ikan dan lain-lain oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM ), YBUDR, LKIM.

JUALAN MADANI KOPERASI DAN USAHAWAN (JMKU)

Program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan berlangsung sempena Program Jelajah Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak 2023 @ Jualan Ambang Aidilfitri, Daerah Mualim, Perak di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Malim.

KOGAHAD merupakan antara salah satu Koperasi yang terpilih untuk menguruskan aktiviti (JMKU) untuk mempromosikan produk masing-masing.

PROGRAM MY RAKYAT

Program MY RAKYAT anjuran FAMA Negeri Perak di RTC Gopeng.

KOGAHAD membuat jualan terus dari ladang jagung tongkol “Sweet Kocorn” dengan harga RM 8.00/kg, buah-buahan, sayur-sayuran dan barangan runcit.

JUALAN AGRO MADANI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Jualan Promosi Agro Madani telah diadakan di Dataran Warisan Taiping.
 
Terdapat pelbagai jualan barangan mentah yang segar dan juga barangan runcit dengan harga murah. Kogahad juga telah menjual jagung – jagung fresh dari ladang, dan juga menjual jagung manis cup dari penghasilan dari ladang kami sendiri.

KARNIVAL JUALAN 2022

JUALAN KELUARGA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK

Jualan ini dilaksanakan di 4 DUN iaitu di Bukit Chandan, Manong, Lubok Merbau dan Chenderoh.

KARNIVAL JUALAN TERUS DARI LADANG (JTDL).

Karnival Jualan Terus Dari Ladang & Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan bertempat di Perkarangan Hentian R&R RTC Perak.

Scroll to Top